Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) — Portal Manfaat
Permohonan DibukaJabatan Perikanan MalaysiaKewangan dan Sara Hidup
Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND)
Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) bagi nelayan darat yang layak bertujuan meringankan kos sara hidup dan menjaga kebajikan
Jumlah/NilaiRM250 sebulan
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Perikanan Malaysia
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) ialah bantuan kewangan kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia untuk membantu meringankan kos sara hidup nelayan darat yang layak. Bantuan ini bertujuan menjaga kebajikan nelayan yang bergantung pada aktiviti menangkap ikan di sungai, tasik dan perairan darat lain sebagai sumber pendapatan.
Syarat Utama
Memiliki MyKad (Biru).
Mendapat Pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) / Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) ataupun ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.
Ketua Isi Rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
Bayaran elaun sara hidup bulanan ini hanya disalurkan kepada nelayan darat tulen sahaja.
Catatan, definisi nelayan darat tulen adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum);
Menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan;
Sekurang-kurangnya 75 peratus jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan;
Tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap;
Bebas dari aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
Tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif; dan
Mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah
Cara Mohon
1
Pendaftaran boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran