Geran padanan bagi penjaja memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan daya saing dalam pasaran
StatusPermohonan Dibuka
AgensiBank Simpanan Nasional
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
Geran Digital Penjaja Madani (GDPjM) adalah geran inisiatif yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN), Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) & Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) bagi membantu Penjaja untuk menggunakan perkhidmatan digital dalam operasi perniagaan harian (“Inisiatif”).
Jumlah geran bagi setiap penjaja adalah sebanyak RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) sahaja dan akan dibayar terus kepada pembekal perkhidmatan digital yang dilantik secara penuh atau secara berperingkat mengikut budi bicara BSN.
Geran ini tidak layak kepada Penjaja yang telah menerima Geran Digital Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Madani dan terhad untuk satu (1) permohonan sahaja bagi setiap Penjaja. Tempoh sah geran ini dibekalkan oleh Kerajaan tertakluk kepada peruntukan yang disediakan dan tiada yuran dikenakan.
Syarat Utama
Pemohon yang memenuhi kriteria di bawah adalah layak dan digalakkan untuk
memohon:-
1. Penjaja Statik - Penjaja yang mengendalikan gerai tetap di kawasan awam
atau swasta yang mempamerkan barangan untuk dijual
(termasuk makanan dan minuman)
2. Penjaja Bergerak/Beredar - Penjaja yang menjaja dari lokasi ke lokasi; dengan atau
tanpa kenderaan, mempamerkan barang-barang untuk dijual
Cara Mohon
1
Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Funding Society yang telah dilantik secara rasmi oleh pihak MDEC bagi menguruskan permohonan ini. Sila layari pautan ini http://fundingsocieties.com.my/geran-digital-penjaja-madani
Dikemaskini pada 29 September 2026.
(termasuk makanan dan minuman)
3. Penjaja Sementara - Penjaja yang mengendalikan gerai sementara di lokasi yang
mempamerkan barangan untuk dijual (termasuk makanan
dan minuman) untuk tempoh tertentu. Ia termasuk gerai
buah-buahan bermusim, gerai promosi / perayaan / festival,