Permohonan DibukaBank Simpanan NasionalKewangan dan Pembiayaan
Madani Mula Niaga
Kemudahan pinjaman mikro yang untuk usahawan yang baru memulakan perniagaan secara formal bagi membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiBank Simpanan Nasional
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
Madani Mula Niaga merupakan sebuah kemudahan pinjaman untuk usahawan baharu bagi mengembangkan perniagaan yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tujuan pembiayaan adalah merangkumi modal kerja, pembelian aset dan pengubahsuaian dengan amaun pembiayaan minimum RM2,000 sehingga maksimum RM20,000
Semua jenis sektor perniagaan adalah layak untuk memohon Madani Mula Niaga dan tempoh pembiayaan adalah antara 1 hingga 3 tahun dengan kadar keuntungan 3.50% sehingga 4.00% setahun pada kadar asas tetap
Syarat Utama
Perusahaan mikro/kecil yang baru memulakan perniagaan secara formal dan terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan.
Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan (berdasarkan kategori dan jenis perusahaan).
Cara Mohon
1
Layari laman web BSN untuk menyemak butiran produk
2
Semak dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan
3
Kemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN/ Cawangan utama negeri BSN atau lakukan permohonan secara atas talian di pautan ini . Pihak BSN akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 6 hari bekerja selepas menerima dokumen yang lengkap untuk memaklumkan berkenaan status permohonan
4
Sila rujuk Panduan pengguna untuk permohonan atas talian atau Hubungi Credit Supervisory Team pelaksana untuk maklumat lanjut bagi permohonan