Permohonan DibukaBank Simpanan NasionalKewangan dan Pembiayaan
Madani GIG
Pembiayaan bagi golongan gig, termasuk perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal untuk membantu akses kepada dana pembiayaan
StatusPermohonan Dibuka
AgensiBank Simpanan Nasional
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
Madani GIG merupakan sebuah kemudahan pinjaman untuk usahawan gig melalui platform digital bagi membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tujuan pembiayaan adalah merangkumi modal kerja, pembelian aset dan pengubahsuaian dengan amaun pembiayaan minimum RM2,000 sehingga maksimum RM20,000
Semua jenis sektor perniagaan adalah layak untuk memohon Madani Gig dan tempoh pembiayaan adalah antara 1 hingga 3 tahun dengan kadar keuntungan 3.50% sehingga 4.00% setahun pada kadar asas tetap
Syarat Utama
Perusahaan mikro/ kecil yang dimiliki oleh usahawan gig melalui platform digital dan terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan.
Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan (berdasarkan kategori dan jenis perusahaan).
Cara Mohon
1
Layari laman web BSN untuk menyemak butiran produk
2
Semak dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan
3
Kemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN/ Cawangan utama negeri BSN atau lakukan permohonan secara atas talian di pautan ini . Pihak BSN akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 6 hari bekerja seelpas menerima dokumen yang lengkap untuk memaklumkan berkenaan status permohonan
4
Sila rujuk Panduan pengguna untuk permohonan atas talian atau Hubungi Credit Supervisory Team pelaksana untuk maklumat lanjut bagi permohonan