Pembangunan Rantaian Nilai Industri (PRiN) — Portal Manfaat
Permohonan DibukaMajlis Amanah RakyatKewangan dan Pembiayaan
Pembangunan Rantaian Nilai Industri (PRiN)
Pembiayaan kepada usahawan Bumiputera untuk berkembang dalam perniagaan kelas menengah, mengukuh kedudukan dan mempersiapkan mereka menjadi pemain global.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiMajlis Amanah Rakyat
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
Pembangunan Rantaian Nilai Industri (PRiN) bertujuan menyumbang ke arah penambahan bilangan usahawan Bumiputera dalam bidang perniagaan kelas menengah sebagai persediaan menjadi Top Entrepreneur yang menjurus ke arah Global Player
Mengukuhkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sepanjang rantaian nilai industri khususnya di peringkat yang kurang atau belum dirintis dan seterusnya dapat menjadi penyokong Top Entrepreneur dalam skop yang lebih kecil untuk membentuk niche market
Skop Pembiayaan
Modal pusingan
Pembelian Mesin dan Peralatan
Ubah suai dan Peningkatan Imej Premis/Kilang
Pengkomersilan Produk dan Perkhidmatan
Had Pembiayaan
RM1,000,000
Tempoh Pembiayaan
1-10 tahun (12-120 bulan)
Jaminan atau Cagaran
Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dimohon; atau
Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dimohon; atau
Gabungan kedua-duanya sekali
Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
Kadar Keuntungan
2% (Kadar Tetap)
Syarat Utama
Syarat-syarat Asas:
Warganegara dan Bumiputera
Berumur 20-60 tahun
Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
Mempunyai premis perniagaan
Cara Mohon
1
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan. Sila klik pautan untuk lokasi Pejabat MARA
Dikemaskini pada 11 Oktober 2026.
Mempunyai Lesen / Permit / Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Menjalankan perniagaan sepenuh masa
Perniagaan patuh Syariah
Bebas dari senarai hitam MARA
Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
Syarat-syarat Khusus:
Syarikat berstatus Sdn. Bhd. dan bertaraf Bumiputera dimana pegangan/pemilikan ekuiti Bumiputera di dalam syarikat tersebut mestilah sekurang-kurangnya 60%
Mempunyai Penyata Kewangan Beraudit untuk Tempoh tiga (3) tahun terkini
Belum pernah menerima kemudahan di bawah program INTEP, Smart Auto atau KPP atau PITT