Permohonan DibukaBank Pertanian Malaysia BerhadKewangan dan Pembiayaan
Skim Pembiayaan Pemacu Perikanan Tangkapan
Skim pembiayaan bagi nelayan untuk meningkatkan kapasiti operasi, memodenkan aktiviti perikanan tangkapan dan memperkukuh pendapatan serta daya saing sektor perikanan.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiBank Pertanian Malaysia Berhad
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
Skim Pembiayaan Pemacu Perikanan Tangkapan (PEMACU) ialah inisiatif kerajaan melalui Agrobank dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) untuk memodenkan sektor perikanan tangkapan negara.
PEMACU diperuntukkan RM100 juta bagi menyediakan pembiayaan untuk perolehan dan pemodenan vesel.
Jumlah/Nisbah: Sehingga RM10 juta bagi perolehan vesel moden dan sehingga RM500,000 bagi ubah suai, mekanisasi dan automasi vesel.
Terma Utama: Tempoh pembiayaan sehingga 15 tahun termasuk moratorium maksimum 24 bulan.
Peranan Agrobank: Menyediakan dan menilai pembiayaan.
Syarat Utama
Syarat Kelayakan:
Kategori Pemohon
Terbuka kepada pemilik vesel penangkapan ikan tempatan yang sah (Zon A, Zon B, Zon C, Zon C2, dan Zon C3) serta pengusaha perikanan tangkapan.
Pendaftaran Sah
Pemohon mestilah berdaftar secara sah dengan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan memiliki lesen vesel serta perkakas menangkap ikan yang masih sah
Warganegara
Cara Mohon
1
Proses permohonan untuk Skim Pembiayaan Pemacu Perikanan Tangkapan (PEMACU) boleh dilakukan secara fizikal di cawangan Agrobank yang berhampiran untuk penilaian awal.
2
Sebarang pertanyaan info mengenai Skim PEMACU boleh hubungi 1-300-88-2476
Dikemaskini pada 11 Oktober 2026.
Terbuka kepada Warganegara Malaysia (individu/syarikat tempatan) yang menjalankan aktiviti perikanan di perairan Malaysia.
Tujuan Penggunaan
Dana pembiayaan mestilah digunakan khusus untuk skop yang dibenarkan seperti:
Perolehan vesel moden.
Pemasangan peralatan mekanisasi dan automasi di atas bot.
Pengubahsuaian vesel untuk beroperasi di zon laut dalam (zon yang lebih jauh).