DitutupUnit Peneraju Agenda BumiputeraKewangan dan Pembiayaan
Bumiputera Scale-up Fund (BSF)
Pembiayaan sehingga RM5 juta bagi syarikat Bumiputera yang telah melepasi peringkat pemula untuk mengembangkan dan meningkatkan skala perniagaan.
StatusDitutup
AgensiUnit Peneraju Agenda Bumiputera
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
Pembiayaan sehingga RM5 juta bagi syarikat Bumiputera yang telah melepasi peringkat pemula untuk mengembangkan dan meningkatkan skala perniagaan.
Terma Pembiayaan
- Saiz pembiayaan: RM500,000 hingga RM5 juta.
- Tempoh pembiayaan: Sehingga 5 tahun.
- Modal indikatif: TERAJU 80% / syarikat 20%.
- Keuntungan: Berdasarkan Profit Sharing Ratio (PSR) yang dipersetujui; tiada kadar pembiayaan tetap.
- Kerugian: Mengikut nisbah modal, kecuali bagi kes kecuaian, salah laku atau pelanggaran terma.
- Pemulihan modal: Melalui pemerolehan atau penebusan berperingkat pegangan TERAJU dalam perjanjian Musyarakah Mutanaqisah, berserta agihan keuntungan melalui PSR.
Syarat Utama
Syarikat Bumiputera yang telah melepasi peringkat pemula.
Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun rekod operasi.
Mempunyai model perniagaan yang terbukti dan permintaan komersial yang jelas.
Mempunyai potensi pengembangan dan peningkatan skala perniagaan yang jelas.