Program Bumiputera Strategic Acquisition Fund Financing (BSAF) — Portal Manfaat
Permohonan DibukaUnit Peneraju Agenda BumiputeraKewangan dan Pembiayaan
Program Bumiputera Strategic Acquisition Fund Financing (BSAF)
Pembiayaan sehingga RM10 juta bagi syarikat Bumiputera daripada syarikat pemula hingga bersaiz sederhana yang berpotensi tinggi untuk pengembangan strategik.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiUnit Peneraju Agenda Bumiputera
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
Dana Pemilikan Strategik Bumiputera (BSAF) merupakan inisiatif oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk menyokong pertumbuhan strategik dan pengembangan pasaran syarikat Bumiputera. Dana ini direka untuk membantu syarikat Bumiputera yang berdaya saing dan bersedia melaksanakan penggabungan dan pengambilalihan, pembelian pengurusan, persediaan ke arah penyenaraian awam serta pengembangan ke pasaran antarabangsa
Syarat Utama
1. Pemilikan Bumiputera: Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham Bumiputera mengikut takrif Kementerian Kewangan.
2. Pengurusan syarikat: Pengurusan utama syarikat majoritinya terdiri daripada Bumiputera.
3. Pendaftaran syarikat: Diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016.
4. Kategori syarikat yang tidak layak:
Syarikat milikan tunggal (Enterprise).
Konglomerat.
Cara Mohon
1
Layari laman rasmi Pembiayaan Kewangan TERAJU.
2
Cari bahagian Dana Pemilikan Strategik Bumiputera (BSAF).
3
Semak syarat kelayakan dan butiran pembiayaan yang ditetapkan.
4
Klik butang “Mohon Sekarang” untuk melengkapkan pendaftaran melalui TERAJU.
5
Ikuti arahan seterusnya daripada TERAJU berhubung dokumen sokongan dan proses penilaian permohonan.
Dikemaskini pada 11 Oktober 2026.
Syarikat tersenarai awam dan anak syarikatnya.
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Koperasi, yayasan, persatuan dan pertubuhan.
3. Jumlah Bantuan
Jumlah pembiayaan: Sehingga RM10 juta bagi setiap syarikat.
Tempoh pembiayaan: Sehingga 7 tahun.
Kadar keuntungan: Sehingga 5% setahun.
Yuran pengurusan: Sehingga 1% setahun daripada amaun pembiayaan.
Margin pembiayaan: Sehingga 90% daripada kos projek, dengan sekurang-kurangnya 10% ditanggung oleh syarikat.
4. Skop Bantuan
BSAF menyokong syarikat Bumiputera yang berdaya saing dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti berikut:
1. Penggabungan dan pengambilalihan (M&A): Menyokong penggabungan atau pengambilalihan syarikat bagi tujuan pertumbuhan strategik.
2. Pembelian pengurusan (MBO): Membantu pelaksanaan pembelian syarikat oleh pasukan pengurusannya.
3. Persediaan ke arah penyenaraian (Pre-IPO): Menyokong keperluan pembiayaan bagi persediaan sebelum penyenaraian awam.
4. Pengembangan pasaran antarabangsa: Membantu syarikat mengembangkan operasi dan menembusi pasaran global.