Program Bumiputera Expansion & Catalyst Fund (BECF) — Portal Manfaat
Permohonan DibukaUnit Peneraju Agenda BumiputeraKewangan dan Pembiayaan
Program Bumiputera Expansion & Catalyst Fund (BECF)
Pembiayaan sehingga RM10 juta bagi setiap syarikat Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan, membiayai modal kerja, pembelian aset serta pelaksanaan kontrak dan projek.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiUnit Peneraju Agenda Bumiputera
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
Pembiayaan Dana Pengembangan dan Katalis Bumiputera merupakan inisiatif oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang bertujuan meningkatkan skala dan mengembangkan perusahaan Bumiputera melalui sokongan kewangan. Dana ini membantu syarikat Bumiputera membiayai keperluan modal kerja, pembelian aset serta pelaksanaan kontrak dan projek bagi memperkukuh pertumbuhan perniagaan.
Syarat Utama
Syarikat bersaiz kecil hingga bersaiz sederhana.
Semua sektor ekonomi namun keutamaan diberikan kepada Sektor Bernilai Tinggi Pertumbuhan Tinggi (High Growth High Value “HGHV”).
Minima 51% pemilikan saham Bumiputera dalam Syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan/Majoriti pengurusan tertinggi syarikat adalah Bumiputera.
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau pihak berkuasa/pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk penyediaan perkhidmatan profesional.
Nota:
Cara Mohon
1
Pilih inisiatif Pembiayaan Dana Pengembangan dan Katalis Bumiputera.
2
Semak maklumat tawaran daripada institusi kewangan rakan kolaborasi yang disenaraikan.
3
Klik butang “Mohon Sekarang” untuk melengkapkan pendaftaran melalui TERAJU.
4
Ikuti arahan seterusnya daripada TERAJU atau institusi kewangan rakan kolaborasi bagi melengkapkan permohonan dan penilaian pembiayaan.
Dikemaskini pada 11 Oktober 2026.
Jumlah keseluruhan dana: RM1 bilion.
Pembiayaan maksimum: Sehingga RM10 juta bagi setiap syarikat.