Geran padanan bagi PMKS untuk usahawan tempatan kekal berdaya saing dalam pasaran
Dokumen yang diperlukan
Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik / Pengarah / Rakan Kongsi PMKS / wakil yang dilantik oleh Koperasi / Penyedia Perkhidmatan Profesional, yang mana berkenaan.
Salinan lesen pendaftaran PMKS, (SSM atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016) manakala bagi Koperasi, salinan sijil pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan bagi Penyedia Perkhidmatan Profesional, sijil pendaftaran daripada badan berkanun atau pihak kawal selia yang berkenaan.
Penyata akaun beraudit terkini atau penyata akaun pengurusan kewangan terkini atau penyata bank PMKS untuk dua (2) bulan terakhir.
Sebut harga / inbois pembayaran daripada pembekal perkhidmatan yang telah dilantik.
Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak BSN dari semasa ke semasa.
Dikemaskini pada 11 Oktober 2026.