Permohonan DibukaPerbadanan Usahawan Nasional BerhadKewangan dan Pembiayaan
Prosper Great
Pembiayaan sehingga RM10 juta kepada syarikat Bumiputera untuk mengembangkan dan memperkukuh perniagaan dalam sektor strategik
StatusPermohonan Dibuka
AgensiPerbadanan Usahawan Nasional Berhad
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
PROSPER GREAT ialah skim pembiayaan yang ditawarkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membantu syarikat Bumiputera berpotensi tinggi mengukuhkan kemampanan, mempelbagaikan aktiviti dan mentransformasikan perniagaan dalam sektor strategik yang diluluskan PUNB, termasuk sektor perkhidmatan, pembuatan, kejuruteraan, industri berimpak tinggi, tenaga boleh baharu, teknologi hijau dan pembuatan termaju.
Syarat Utama
Pemohon PROSPER GREAT perlu memenuhi syarat berikut:
Pemilikan Bumiputera: Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 51% pegangan saham Bumiputera, selaras dengan Dasar Bumiputera yang ditetapkan.
Tempoh operasi: Perniagaan atau syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya 36 bulan.
Jualan tahunan: Mencatatkan jualan tahunan minimum RM3 juta berdasarkan penyata kewangan beraudit terkini.
Pematuhan Syariah: Aktiviti perniagaan hendaklah mematuhi prinsip Syariah.
Sektor perniagaan: Perniagaan hendaklah berada dalam sektor strategik yang diluluskan oleh PUNB.
Cara Mohon
1
Layari portal rasmi PUNB Online.
2
Daftar akaun atau log masuk ke akaun sedia ada.
3
Semak syarat kelayakan dan pilih pembiayaan PROSPER GREAT.
4
Lengkapkan maklumat permohonan serta sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
5
Kemukakan permohonan untuk penilaian dan kelulusan pihak PUNB.