Permohonan DibukaSmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia BerhadAkses Pasaran
Business Exports Program (BEP)
Geran bagi syarikat untuk mengikuti program intervensi berstruktur bertujuan membantu syarikat mengembangkan kapasiti & keupayaan ke pasaran eksport
StatusPermohonan Dibuka
AgensiSmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
Business Exports Program (BEP) adalah sebuah program intervensi berstruktur yang dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan diterajui oleh SME Bank dengan kerjasama MATRADE di bawah Belanjawan 2026 bertujuan untuk membantu syarikat mengembangkan kapasiti & keupayaan ke pasaran eksport.
Program ini juga untuk menyokong NEF Strategic Thrust 6: INTERNATIONALIZATION OF LOCAL ENTREPRENEURS dan mewujudkan lebh ramai pengeksport Bumiputera melalui program intervensi berstruktur
Ciri-ciri Program:
Pembiayaan melalui geran sehingga RM200,000
Terbuka kepada semua industri.
Intervensi daripada pakar.
Peluang menceburi pasaran antarabangsa.
Peluang pembiayaan perniagaan dari SME Bank.
*Tertakluk kepada terma & syarat
Skop Program
Pengeluaran/teknikal
Kewangan
Sumber Manusia
Keperluan eskport
Pemasaran
Peraturan dan piawaian
Syarat Utama
Syarat Kelayakan:
Sekurang-kurangnya 60% pemilikan syarikat oleh Bumiputera dan memiliki kawalan dalam syarikat.
Sekurang-kurangnya 3 tahun dalam perniagaan (dibuktikan dengan akaun beraudit untuk 3 tahun)
Perniagaan mestilah PKS di Malaysia (ditakrifkan di bawah Garis Panduan SME Corporation Malaysia bagi Definisi PKS)
Bukan subsidiari Syarikat Tersenarai Awam, Syarikat Multinasional, Syarikat Berkaitan Kerajaan / Negeri, atau syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan
Kewangan yang kukuh
Terbuka kepada semua industri dan sektor yang bersesuian
Cara Mohon
1
Lengkapkan Borang Permohonan melalui pautan link https://www.smebank.com.my/documents/d/guest/bep_application-form_2026-with-bm- dan hantar beserta dokumen sokongan kepada alamat berikut:
2
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad
3
Menara SME Bank
4
Customized Program I, Aras 6,
5
P.O Box 12352
6
50774 Kuala Lumpur
7
Untuk maklumat lanjut mengenai Business Exports Program, sila hubungi pegawai-pegawai berikut: