Permohonan DibukaBank Simpanan NasionalKewangan dan Pembiayaan
PKBC
Skim pembiayaan tanpa cagaran yang dikhususkan untuk penduduk tetap Perkampungan Baru Cina bertujuan membiayai modal kerja, pembelian aset & pengubahsuaian premis
StatusPermohonan Dibuka
AgensiBank Simpanan Nasional
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
PPKBC merupakan sebuah pembiayaan perniagaan tanpa cagaran yang dikhususkan untuk penduduk tetap Perkampungan Baru Cina yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tujuan Pinjaman merangkumi modal kerja atau pembelian aset atau ubahsuai premis perniagaan
Jumlah Pinjaman: RM5,000 sehingga RM100,000
Tempoh Pinjaman: 6 bulan hingga 7 tahun
Jenis Sektor Perniagaan: Peruncitan dan Pemborongan / Pembuatan / Perkhidmatan
Syarat Utama
Perusahaan Mikro (Syarikat Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd. termasuk perniagaan Profesional)
Dimiliki oleh warganegara Malaysia
Pemastautin tetap Perkampungan Baru Cina dan disahkan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP)
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Badan Profesional berkaitan (untuk perniagaan Profesional)
Perniagaan telah beroperasi sekurang kurangnya enam (6) bulan
Cara Mohon
1
Layari laman web BSN untuk menyemak butiran produk
2
Semak dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan
3
Kemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN/ Cawangan utama negeri BSN atau lakukan permohonan secara atas talian di pautan ini . Pihak BSN akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 6 hari bekerja seelpas menerima dokumen yang lengkap untuk memaklumkan berkenaan status permohonan
4
Sila rujuk Panduan pengguna untuk permohonan atas talian atau Hubungi Credit Supervisory Team pelaksana untuk maklumat lanjut bagi permohonan