Kemudahan Bantuan dan Adaptasi / Relief and Adaptation Facility (RAFt) — Portal Manfaat
Permohonan DibukaBank Negara Malaysia
Kemudahan Bantuan dan Adaptasi / Relief and Adaptation Facility (RAFt)
Kemudahan pembiayaan kepada PMKS untuk membaik pulih kerosakan banjir, menampung modal kerja dan meningkatkan daya tahan perniagaan terhadap risiko banjir.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiBank Negara Malaysia
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
Kemudahan Bantuan dan Adaptasi (Relief and Adaptation Facility, RAFt) merupakan kemudahan pembiayaan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir serta menggalakkan kesiapsiagaan dan meningkatkan daya tahan perniagaan terhadap risiko banjir. Kemudahan ini merangkumi pembiayaan bantuan selepas banjir dan pembiayaan adaptasi bagi mengurangkan risiko kerugian akibat banjir.
Jumlah pembiayaan: Sehingga RM1 juta bagi setiap jenis pembiayaan.
Kadar pembiayaan bantuan: Sehingga 3.5% setahun.
Kadar pembiayaan adaptasi: Sehingga 3% setahun.
Tempoh pembiayaan: Sehingga 7 tahun.
Jaminan pembiayaan: Sehingga 80% melalui Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP), dengan yuran jaminan 0.5% setahun.
Tempoh ketersediaan: Sehingga 30 Jun 2027 atau sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya, yang mana terdahulu.
RAFt menyediakan dua jenis pembiayaan:
1. Pembiayaan Bantuan
- Membaik pulih dan/atau menggantikan aset perniagaan yang rosak akibat banjir.
- Menampung keperluan modal kerja.
- Menyediakan moratorium selama enam bulan, termasuk sebarang lanjutan yang diluluskan.
2. Pembiayaan Adaptasi
- Membiayai pelaburan modal dan perbelanjaan berkaitan untuk mengurangkan risiko banjir.
- Membantu meningkatkan kesiapsiagaan dan daya tahan operasi perniagaan terhadap banjir.
- Keperluan tambahan mungkin dikenakan bergantung pada jenis adaptasi dan jumlah pembiayaan.
Syarat Utama
Pemilikan: Sekurang-kurangnya 51% pegangan pemilikan dimiliki oleh rakyat Malaysia.
Garis Panduan untuk Takrif PKS :PKS dalam dokumen ini merujuk kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana seperti yang ditakrifkan dalam Garis Panduan untuk Takrif PKS yang diterbitkan oleh SME Corporation Malaysia yang boleh dilayari di: https://smecorp.gov.my/index.php/my/polisi/2020-02-11-08-01-24/sme-definition
Pembiayaan bantuan:
i) Terjejas akibat banjir di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai kawasan bencana banjir.
ii) Permohonan bagi pembiayaan harus dikemukakan dalam tempoh 12 bulan selepas bencana banjir
Cara Mohon
1
Permohonan dikemukakan terus kepada Institusi Kewangan Peserta (IKP) dan kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada penilaian kredit oleh setiap IKP.
2
Institusi Kewangan Peserta (IKP) yang terlibat: https://www.bnm.gov.my/documents/20124/6025157/RAFt_PFIs_0826_bm.pdf
Dikemaskini pada 11 Oktober 2026.
Pembiayaan adaptasi:
i) Pernah mengalami / terkesan oleh banjir, termasuk banjir kilat; dan/atau
ii) Terletak di kawasan yang berisiko banjir
Tempoh permohonan: Bagi pembiayaan bantuan, permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh 12 bulan selepas kejadian banjir.