Pembiayaan sehingga RM30 juta bagi koperasi berdaftar di bawah SKM untuk menyokong keperluan modal dan pengembangan perniagaan.
Permohonan perlu dikemukakan melalui Sistem Permohonan Atas Talian (Online) SKM.
Anda perlu mendaftar sebagai pengguna (pengguna baharu) dan seterusnya akan diberikan kata nama dan kata laluan untuk mengakses Sistem Permohonan Atas Talian SKM. Bagi yang telah dan mempunyai akses ke sistem, anda boleh terus mendaftar masuk.
Daftar masuk dan lengkapkan KESEMUA butiran yang diperlukan dalam Sistem Permohonan Pembiayaan Kredit SKM.
Anda juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk dimuatnaik ke dalam sistem tersebut.
Keperluan Dokumentasi
A. Dokumentasi Utama
Kertas kerja hendaklah mengandungi maklumat berikut:
Latar Belakang
- Pemohon;
- Alamat;
- Telefon/Faks;
- Tarikh Daftar;
- Nombor Daftar;
- Jumlah Syer;
- Jumlah Yuran;
- Bilangan Anggota; dan
- Fungsi Utama.
Permohonan Pembiayaan
- Jumlah;
- Tujuan;
- Cagaran;
Dikemaskini pada 11 Oktober 2026.
- Kelulusan Mesyuarat Agung;
- Kelulusan Mesyuarat Lembaga Koperasi; dan
- Peruntukan Undang-Undang Kecil (UUK).
Pentadbiran/Pengurusan
- Bilangan Anggota Lembaga;
- Anggota Lembaga Utama;
- Pekerja Tetap;
- Mesyuarat Agung Terakhir; dan
- Mesyuarat ALK.
Aktiviti Koperasi
- Senarai Aktiviti; dan
- Prestasi Aktiviti.
Kewangan Koperasi
- Penyata Kewangan Teraudit Berakhir bagi tiga (3) tahun berturut-turut;
- Kedudukan Akaun Untung Rugi bagi tiga (3) tahun kebelakang;
- Analisa kewangan Koperasi;
- Penyata Terimaan dan Bayaran Koperasi;
- Kedudukan baki akaun bank bagi tiga bulan berakhir; dan
- Kewangan semasa berakhir.
Cadangan Projek
- Latar belakang dan jenis projek;
- Lokasi;
- Sebab-sebab aktiviti dipilih;
- Unjuran keperluan modal projek;
- Pengurusan dan Cara Pelaksanaan Projek;
- Prestasi Projek Lepas dan Semasa;
- Kajian Pasaran/Pelanggan dan Pengalaman dalam Melaksanakan Projek;
- Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Projek; dan
- Sumber Bayaran Balik Pembiayaan.
Daya Maju Projek
- Anggaran Untung Rugi; dan
- Aliran Tunai Projek.
Asas-Asas Pertimbangan
- Analisa Kekuatan;
- Cagaran/Sekuriti;
- Pengurusan dan Pengalaman;
- Kajian Pasaran/Pelanggan;
- Sokongan/Galakan;
- Analisa Kelemahan;
- Analisa Peluang; dan
- Analisa Ancaman.
B. Lain-Lain Dokumen
Dokumen sokongan adalah berdasarkan tujuan permohonan pembiayaan TMPSKM:
Borang Permohonan Pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK);
Cabutan Minit Mesyuarat Agung yang meluluskan had maksimum keterhutangan yang disahkan oleh Lembaga;
Cabutan Minit Mesyuarat Lembaga yang meluluskan cadangan untuk memohon pembiayaan TMPSKM yang disahkan oleh Lembaga;
Senarai Anggota Lembaga semasa (seperti kehendak Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Koperasi 1995) yang disahkan oleh Lembaga;
Cabutan Undang-Undang Kecil Koperasi yang membenarkan koperasi menjalankan projek berkenaan yang disahkan oleh Lembaga;
Penyata kewangan lengkap teraudit bagi tiga (3) tahun terakhir;
Penyata terima dan bayaran bulanan bagi tahun semasa yang disahkan oleh Lembaga;
Penyata bank bagi enam (6) bulan terakhir;
Kertas kerja projek;
Dokumen sokongan berdasarkan jenis permohonan pembiayaan TMPSKM;
Dokumen cagaran berdasarkan jenis cagaran yang dicadangkan untuk permohonan pembiayaan TMPSKM:
- Laporan lengkap Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH);
- Carian rasmi hartanah;
- Salinan geran hartanah; dan
- Sebut harga yang berkaitan dengan tujuan permohonan.
Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
Nota: Dokumen sokongan tambahan adalah berdasarkan tujuan permohonan pembiayaan TMPSKM.