Permohonan DibukaPerbadanan Usahawan Nasional BerhadKewangan dan Pembiayaan
Pembiayaan PROSPER GROW
Pembiayaan disediakan kepada usahawan Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan dalam sektor peruncitan, perdagangan pengedaran dan pembuatan.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiPerbadanan Usahawan Nasional Berhad
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
PROSPER GROW merupakan skim pembiayaan perniagaan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk menyokong pengembangan perniagaan usahawan Bumiputera yang berdaya saing dan berpotensi berkembang ke tahap lebih tinggi dalam sektor peruncitan, perdagangan pengedaran dan pembuatan.
Syarat Utama
Pemilikan Bumiputera
Perniagaan Milikan Tunggal, Perkongsian Dan Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) hendaklah dimiliki sepenuhnya (100%) oleh individu Bumiputera.
Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 51% pegangan oleh Bumiputera, selaras dengan Dasar Bumiputera yang ditetapkan.