Dana Pelaburan Industri dalam Bidang Aeroangkasa & Elektrik & Elektronik (AEEEIF) — Portal Manfaat
Permohonan DibukaMalaysian Industrial Development FinanceKewangan dan Pembiayaan
Dana Pelaburan Industri dalam Bidang Aeroangkasa & Elektrik & Elektronik (AEEEIF)
Grant disediakan kepada syarikat sektor aeroangkasa dan elektrik & elektronik untuk membangunkan produk berteknologi tinggi dan bernilai tambah tinggi.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiMalaysian Industrial Development Finance
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
Aerospace and Electrical & Electronic Investment Fund (AEEIF) merupakan kemudahan geran di bawah High Value-Added Product Development Programme yang bertujuan membantu syarikat tempatan dalam sektor aeroangkasa serta elektrik dan elektronik (E&E) membangunkan dan mengkomersialkan produk berteknologi tinggi serta bernilai tambah tinggi.
Geran ini menyokong pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), penerapan teknologi Industri 4.0 serta peningkatan kapasiti syarikat untuk menjadi pengeluar atau penyedia perkhidmatan berdaya saing dalam rantaian bekalan global.
Jumlah geran adalah antara RM100,000 hingga RM 40 juta bagi setiap sektor, tertakluk kepada penilaian dan kelulusan.
Syarat Utama
Geran ini menyokong aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pelaksanaan projek dalam bidang keutamaan berikut.
A. Sektor Aeroangkasa
Teknologi pembuatan termaju, termasuk pembuatan aditif dan pemprosesan bahan.
Inovasi bahan dan bahan api, termasuk bahan bersumberkan bio serta bahan api hidrogen.
Sistem pesawat dan pendorongan, termasuk pesawat elektrik, dron dan eVTOL.
Teknologi termaju seperti kecerdasan buatan (AI), sensor, bahan pintar dan sistem penerbangan autonomi.
Cara Mohon
1
Pastikan projek berkaitan sektor aeroangkasa atau E&E dan selaras dengan bidang keutamaan AEEIF.
2
Sediakan maklumat projek, skop penyelidikan dan pembangunan, perancangan pelaksanaan serta anggaran perbelanjaan untuk penilaian.
3
Dapatkan panduan rasmi mengenai kelayakan, dokumen sokongan, kaedah permohonan dan syarat pembiayaan dengan menghubungi pihak MIDF.
Dikemaskini pada 10 Oktober 2026.
Infrastruktur dan sistem seperti lapangan terbang pintar, sistem radar, komponen pesawat serta teknologi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).
B. Sektor Elektrik dan Elektronik (E&E)
Sistem terbenam dan IoT: Komunikasi tanpa wayar termaju, analitik data, penderia dan elektronik boleh pakai.
Reka bentuk, pengujian dan pengesahan litar bersepadu: Teknologi pengujian cip, automasi reka bentuk IC dan emulasi logik.
Pembuatan pintar: Automasi industri, robotik, kilang pintar, pembuatan aditif, rantaian bekalan berhubung dan sistem pembuatan bersepadu.