Permohonan DibukaMajlis Amanah RakyatKewangan dan Pembiayaan
Skim Pembiayaan Kontrak Ekpres (SPiKE)/SPiKE GLC
Skim pembiayaan bagi kontraktor Bumiputera bertujuan untuk membiaya modal kerja bagi kontrak yang diterima daripada Kerajaan/GLC
StatusPermohonan Dibuka
AgensiMajlis Amanah Rakyat
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)/ SPiKE GLC adalah sebuah pembiayaan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi kontraktor Bumiputera bertujuan untuk memberi kemudahan pembiayaan kewangan jangka pendek kepada kontraktor Bumiputera yang meliputi aktiviti pembinaan, pembekalan, perkhidmatan dan elektrik.
Syarat Utama
Syarat kelayakan:
Warganegara dan Bumiputera
Berumur 18 tahun dan ke atas
Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
Menjalankan perniagaan sepenuh masa
Perniagaan patuh Syariah
Cara Mohon
1
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.
2
Sila klik pautan untuk maklumat lokasi Pejabat MARA yang berhampiran dengan anda.
Dikemaskini pada 10 Oktober 2026.
Bebas daripada senarai hitam MARA
Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
Syarat Khusus:
Kontraktor bekalan atau perkhidmatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (Pengecualian kepada tawaran kerja yang bernilai RM50,000 dan ke bawah)
Kontraktor binaan yang berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Kontraktor binaan kelas G1, G2, G3, G4 dan G5 atau dahulunya dikenali sebagai F, E, D dan C
Jabatan Pemberi Kerja
Jabatan atau Agensi Kerajaan
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
Syarikat Tersenarai Awam
Pemberi kerja dan pemohon bersetuju menandatangani Surat Ikatan Serah Hak (Deed of Assignment) dan Surat Persetujuan (Letter of Consent) untuk membuat bayaran kepada MARA