Permohonan DibukaMajlis Amanah RakyatKewangan dan Pembiayaan
Skim Pembiayaan Pensijilan Perniagaan (CERT)
Pembiayaan disediakan kepada usahawan untuk membantu dalam usaha mendapatkan pensijilan halal, memperluas pasaran dan meningkatkan keyakinan pelanggan.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiMajlis Amanah Rakyat
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
Skim Pembiayaan Pensijilan Perniagaan (CERT) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu usahawan dalam usaha ke arah pensijilan halal
Skop pembiayaan merangkumi pengubahsuaian premis perniagaan, pembelian Peralatan dan kos-kos lain yang berkaitan bagi mendapatkan pensijilan
Had pembiayaan yang disediakan adalah RM100,00 dengan tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun @ 84 bulan
Syarat Utama
Syarat Kelayakan:
Syarikat perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dipunyai oleh Bumiputera dari keturunan Melayu, Orang Asli atau Masyarakat Peribumi Sabah dan Sarawak atau yang diiktiraf mengikut ketetapan undang-undang
Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun pada tarikh permohonan
Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan secara sepenuh masa
Mempunyai daftar perniagaan yang sah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan / atau lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi Sabah dan Sarawak
Mempunyai lesen / permit / surat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain lesen yang diperlukan mengikut jenis perniagaan atau perusahaan
Cara Mohon
1
Permohonan secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.
Dikemaskini pada 10 Oktober 2026.
Mempunyai premis perniagaan. Sekiranya premis perniagaan disewa, surat perjanjian penyewaan dengan pemilik premis yang sah adalah diperlukan.
Penyewaan secara 'sublet' adalah tidak dibenarkan; Sumbangan modal sendiri atau modal berbayar tidak kurang sepuluh peratus (10%) daripada kos projek; Perniagaan patuh syariah; dan Bebas daripada Senarai Hitam MARA.