Permohonan DibukaJabatan Pengangkutan Jalan (MOT)Kewangan dan Pembiayaan
CIP SPRINT 2.0
Geran bersyarat bagi usahawan PKS untuk membantu membiayai usaha perniagaan berasaskan teknologi
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Pengangkutan Jalan (MOT)
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
CIP SPRINT ialah geran bersyarat sehingga RM600,000 untuk tempoh maksimum lapan belas (18) bulan bagi membantu syarikat pemula dan PKS membiayai perniagaan berasaskan teknologi serta mengkomersialkan teknologi yang dibangunkan. Pembiayaan ini sekurang-kurangnya 60% daripada jumlah pembiayaan perlu digunakan untuk kos pengkomersialan, manakala maksimum 40% boleh diperuntukkan bagi perbelanjaan lain seperti pembangunan dan penambahbaikan produk
Syarat Utama
Syarikat Sdn Bhd
Minimum 2 Pengarah dengan sekurang-kurangnya 1 individu warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
Bagi pemilikan syarikat kurang daripada 51% oleh rakyat Malaysia, majoriti pekerja hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia
Penubuhan syarikat hendaklah kurang daripada 7 tahun
Hasil terkumpul syarikat hendaklah kurang daripada RM5 juta. Bagi syarikat yang telah beroperasi lebih 18 bulan, pengesahan hasil adalah berdasarkan Akaun Beraudit.
Syarikat mestilah mempunyai hak harta intelek (IP). Bagi IP berlesen, perjanjian pelesenan eksklusif yang sah diperlukan dan perlu boleh diperbaharui setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan
Cara Mohon
1
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di
2
https://gms.cradle.com.my/#/authentication/signin
Dikemaskini pada 9 Oktober 2026.
Tiada syarikat lain boleh memiliki 25% atau lebih pegangan dalam syarikat pemohon.
Modal berbayar syarikat mestilah sekurang-kurangnya RM10,000