Permohonan DibukaJabatan Pengangkutan Jalan (MOT)Kewangan dan Pembiayaan
CIP SPARK 2.0
Geran bersyarat bagi syarikat pemula teknologi yang merangkumi pembangunan & pra-komersialisasi dalam membangunkan dan mengkomersialkan produk mereka
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Pengangkutan Jalan (MOT)
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
CIP SPARK ialah geran sehingga RM150,000 untuk tempoh maksimum lapan belas (18) bulan, meliputi pembangunan dan pra-pengkomersialan untuk syarikat baharu teknologi. Ia merupakan pembiayaan dalam bentuk geran bersyarat untuk membantu usahawan peringkat awal membangun dan mengkomersialkan produk mereka.
Pembiayaan ini sekurang-kurangnya 60% daripada jumlah pembiayaan hendaklah digunakan untuk perbelanjaan pembangunan, manakala maksimum 40% boleh diperuntukkan bagi perbelanjaan bukan pembangunan, termasuk kos pengkomersialan.
Syarat Utama
Individu
Sekurang-kurangnya 2 individu dalam satu kumpulan, termasuk warganegara Malaysia dan yang menetap di Malaysia sama ada warganegara Malaysia atau bukan warganegara.
Syarikat (LLP, Enterprise dan Sdn. Bhd.)
Bagi pemilikan syarikat kurang daripada 51% oleh rakyat Malaysia, majoriti pekerja hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia
Penubuhan syarikat hendaklah kurang daripada lima (5) tahun.
Mempunyai hasil terkumpul kurang daripada RM3 juta. Bagi syarikat yang telah ditubuhkan melebihi lapan belas (18) bulan, pengesahan hasil adalah berdasarkan Akaun Beraudit.
Cara Mohon
1
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di
2
https://cradle.com.my/cip-spark/
Dikemaskini pada 9 Oktober 2026.
Mempunyai hak harta intelek (IP). Bagi IP berlesen, syarikat perlu mempunyai perjanjian eksklusif yang sah dan boleh diperbaharui setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan.
Tiada syarikat lain yang memegang 25% atau lebih ekuiti syarikat pemohon.