SJKP MADANI membantu individu tanpa pendapatan tetap memiliki rumah melalui jaminan kerajaan kepada institusi kewangan terpilih.
Kenal pasti rumah yang ingin dibeli dan sediakan dokumen berkaitan, seperti Perjanjian Jual Beli, borang tempahan atau resit bayaran tempahan.
Sediakan dokumen sokongan berikut mengikut kategori:
A. Dokumen Kediaman
- Perjanjian Jual Beli asal, borang tempahan atau resit bayaran tempahan.
B. Bukti Pendapatan (mana-mana satu daripada pilihan berikut)
- Penyata akaun bank selama enam bulan atau bukti deposit terkini.
- Slip gaji selama tiga bulan berserta penyata akaun bank selama tiga bulan.
- Penyata cukai pendapatan atau penyata KWSP terkini.
- Surat pengesahan pendapatan.
C. Dokumen Sokongan Lain
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Surat pengesahan pekerjaan, jika berkenaan.
- Lesen perniagaan, kad pendaftaran nelayan atau permit teksi, mengikut kesesuaian.
- Surat pengesahan bekerja sendiri atau aliran pendapatan yang disahkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), penjawat awam Kategori A, Penghulu, Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank.
Kemukakan permohonan pembiayaan perumahan berserta dokumen yang diperlukan kepada institusi kewangan yang terlibat.
Nota: Pemohon hendaklah menyemak keperluan dokumen dan syarat permohonan dengan institusi kewangan yang terlibat sebelum mengemukakan permohonan.
Dikemaskini pada 11 Oktober 2026.