Rakyat Digital: AI untuk Rakyat dan Rakyat Builders — Portal Manfaat
DitutupKementerian DigitalPendidikan dan Latihan
Rakyat Digital: AI untuk Rakyat dan Rakyat Builders
Program akses dan latihan AI bagi rakyat Malaysia untuk meningkatkan kemahiran dan membangunkan penyelesaian teknologi tempatan.
StatusDitutup
AgensiKementerian Digital
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Pelaksanaan inisiatif Rakyat Digital yang merangkumi:
(i) Penambahan 100,000 lagi langganan AI percuma, dan diperluas meliputi aplikasi AI baharu seperti ChatGPT
(ii) Program Rakyat Builders yang menyediakan latihan amali, bimbingan pakar dan kredit perisian/awan untuk membangunkan penyelesaian teknologi tempatan
(iii) Menyediakan kursus digital secara percuma, hasil kerjasama bersama Coursera, untuk mengikuti lebih 16,000 kursus dan program Sijil Profesional daripada universiti dan organisasi industri terkemuka dunia