Subsidi petrol RON95 sebanyak 300 liter sebulan bagi pemilik kenderaan yang layak bertujuan meringankan beban kos sara hidup.
Memiliki lesen memandu aktif bagi jenis-jenis berikut:
Lesen Memandu Kompeten (CDL): Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA; atau
Lesen Memandu Percubaan (PDL): Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA; atau
Lesen Belajar Memandu (LDL): Kelas kenderaan A, B, B1, B2 dan C
Semakan boleh dibuat di kaunter atau terus di pam
Gunakan MyKad atau aplikasi terpilih.
Kaedah pembayaran di kaunter atau di pam
Tunai
Kad kredit/ debit
Aplikasi terpilih
Subsidi ditolak secara automatik semasa pembayaran. Contoh pembayaran:
Harga Pasaran: RM37.00 (RM3.70 x 10 Liter)
Jumlah Anda Bayar: RM19.90
Jumlah Penjimatan: RM17.10
Nota: Pengiraan berdasarkan andaian harga pasaran RON95 di pam RM3.70/ liter dan nilai subsidi RM1.71/ liter.
Dikemaskini pada 10 Oktober 2026.