Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan (KEDAP) — Portal Manfaat
Permohonan DibukaKementerian Pendidikan MalaysiaPendidikan dan Latihan
Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan (KEDAP)
Bantuan KEDAP bagi ibu bapa Orang Asli, Penan & Peribumi bertujuan membasmi buta huruf 3M serta menyokong pendidikan anak
StatusPermohonan Dibuka
AgensiKementerian Pendidikan Malaysia
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan (KEDAP) ialah program pendidikan yang diperkenalkan untuk membantu ibu bapa masyarakat Orang Asli dan Penan menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Program ini bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan dan keyakinan diri ibu bapa serta membantu mereka menyokong pembelajaran anak-anak di rumah
Syarat Utama
Ibu bapa daripada masyarakat Orang Asli, Penan atau Peribumi yang terlibat dalam program.
Individu yang memerlukan bimbingan dalam membaca, menulis dan mengira.
Mendapatkan maklumat dan pengesahan kelayakan daripada pihak sekolah atau pengelola program.
Cara Mohon
1
i. Hubungi pihak sekolah yang mempunyai program KEDAP di kawasan anda.
2
ii. Dapatkan maklumat pendaftaran dan borang permohonan daripada pihak sekolah
3
iii. Isi borang permohonan dan sediakan dokumen yang diminta.
4
iv. Tunggu maklum balas daripada pihak sekolah tentang pemilihan peserta.