Automatik (Tiada Permohonan Diperlukan)Kementerian Pertanian dan Keterjaminan MakananKewangan dan Sara Hidup
Jualan Agro MADANI
Jualan Agro MADANI bagi rakyat Malaysia bertujuan menawarkan hasil tani segar pada harga 10% hingga 30% lebih murah di 5,000 lokasi.
StatusAutomatik (Tiada Permohonan Diperlukan)
AgensiKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Komoditi Produk Jualan diperluaskan meliputi Produk Segar, Barang Kawalan dan Produk Keperluan Asas Terpilih dan Promosi Kombo MADANI (Jualan Produk Secara Pakej pada harga istimewa).
Melibatkan penyertaan dari Pengilang dan Pemproses Produk Agromakanan pada harga berpatutan.
Harga Jualan
Penjimatan 10% - 30% lebih rendah berbanding harga pasaran setempat bagi komoditi terpilih
Komoditi Jualan
Produk Segar: Sayur, buah, ayam, ikan, daging
Tambahan Produk: Barangan runcit, barang kawalan dan pelbagai makanan asas utama
Syarat Utama
Terbuka kepada orang ramai yang ingin mendapatkan barangan pada harga berpatutan.