Permohonan DibukaJabatan Kebajikan MasyarakatKewangan dan Sara Hidup
Wang Saku Kanak-Kanak
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) bagi keluarga memerlukan bertujuan menampung keperluan asas, pendidikan, dan kesejahteraan anak-anak.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Kebajikan Masyarakat
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) bagi keluarga memerlukan bertujuan menampung keperluan asas, pendidikan, dan kesejahteraan anak-anak.
Syarat Utama
Warganegara dan bermastautin di Malaysia
Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada anak/ kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.
Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa
Keluarga/ penjaga dan anak/ kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu/ bapa mereka/ penjaga/ saudara-mara/ lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa
Anak/ kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu/ bapa bukan warganegara/ diisytiharkan bankrap atau muflis/ ibu/ bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan
Anak/ kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK)/ Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK
Cara Mohon
1
Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan dengan kediaman atau melalui laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat
Dikemaskini pada 10 Oktober 2026.
Anak/ kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK.