Permohonan DibukaKeretapi Tanah Melayu BerhadKewangan dan Sara Hidup
Pas Perjalanan MyRailLife
Pas perjalanan percuma bagi perkhidmatan kereta api KTM Komuter dan Shuttle Timuran kepada komuniti OKU, pelajar sekolah, dan kanak-kanak bawah 6 tahun.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiKeretapi Tanah Melayu Berhad
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
KTMB - Pas MyRailLife adalah pas perjalanan percuma yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan Orang Kurang Upaya (OKU) bertujuan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter selain menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.
Pas perjalanan PERCUMA untuk pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan:
Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas – Tumpat;
KTM Komuter sektor Lembah Klang (Pelabuhan Klang – Tg. Malim – Pelabuhan Klang & Batu Caves – Pulau Sebang Batu Caves); dan
KTM Komuter sektor Utara (Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas).
Meneruskan Program MyRailLife melalui pemberian pas perjalanan tahunan percuma tanpa had kepada kanak-kanak di bawah umur 6 tahun, pelajar sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 6 dan golongan OKU bagi perkhidmatan KTM Komuter serta Shutle Timuran, termasuk peluasan ke sektor Selatan. (Belanjawan 2027)
Cara Mohon
1
Permohonan secara dalam talian atau di kaunter tiket stesen yang terlibat.