Bantuan baik pulih dan bina baharu rumah bagi keluarga miskin bandar untuk menyediakan kediaman selesa dan meningkatkan kesejahteraan hidup.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) bersandarkan Laporan Survei Isi Rumah Dan Kemudahan Asas (HIS&BA) 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). PGK digunakan sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Purata nilai PGK terkini mengikut negeri adalah seperti yang berikut:
Malaysia: RM2,208
Johor: RM2,505
Kedah: RM2,254
Kelantan: RM2,139
Melaka: RM2,375
Negeri Sembilan: RM2,088
Pahang: RM2,270
Pulau Pinang: RM1,989
Perak: RM2,077
Perlis: RM1,967
Selangor: RM2,022
Terengganu: RM2,507
Sabah: RM2,537
Sarawak: RM2,131
W.P. Kuala Lumpur: RM2,216
W.P. Labuan: RM2,633
W.P. Putrajaya: RM2,128
Program-program di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)
Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar
Menyediakan tempat kediaman yang selamat dan selesa untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.
Kadar bantuan maksimum adalah sebanyak RM13,000.00 di Semenanjung Malaysia dan RM15,000.00 di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
Projek Rumah Sejahtera
Menyediakan tempat kediaman yang selesa dan selamat untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.
Kadar bantuan maksimum adalah sebanyak RM40,000.00 di Semenanjung Malaysia dan RM50,000.00 di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB)
Untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan kumpulan sasar supaya mampu mendapat pekerjaan / mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan.
Skop latihan bagi Program PEKB:
Program Pembangunan Minda Insan;
Program Latihan Kemahiran;
Program Celik Kewangan; iv Program Bina Upaya; dan
Program Promosi dan Pemasaran.
Dikemaskini pada 11 Oktober 2026.