Bantuan Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) — Portal Manfaat
DitutupKementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanPerumahan
Bantuan Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)
Bantuan baik pulih dan bina baharu rumah bagi keluarga miskin bandar untuk menyediakan kediaman selesa dan meningkatkan kesejahteraan hidup.
StatusDitutup
AgensiKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) merupakan program yang dilaksanakan untuk mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di bandar melalui bantuan perumahan untuk menyediakan kediaman yang lebih selesa, meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup keluarga miskin di bandar demi kesejahteraan komuniti dalam konteks kemakmuran bersama.
Syarat Utama
Syarat Kelayakan:
Isi rumah golongan B40 yang berstatus warganegara Malaysia
Status kemiskinan mesti disahkan melalui Sistem eKasih, Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan peringkat negeri atau daerah, atau seperti yang diarahkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Cara Mohon
1
Pemohon mesti berdaftar dalam Sistem eKasih dan disahkan status kemiskinan di dalam sistem tersebut.