Permohonan DibukaKementerian Pertanian dan Keterjaminan MakananKewangan dan Sara Hidup
Insentif kepada penternak lembu
Insentif kepada penternak lembu pedaging yang mempunyai kadar kelahiran ternakan sedia ada sekurang-kurangnya 60%
StatusPermohonan Dibuka
AgensiKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Insentif ini bertujuan menggalakkan peningkatan produktiviti penternakan lembu pedaging di Malaysia. Di bawah Belanjawan 2026, sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi program insentif kepada penternak yang mencapai kadar kelahiran ternakan sekurang-kurangnya 60%. Inisiatif ini menyokong usaha meningkatkan pengeluaran lembu pedaging tempatan.
Syarat Utama
Kadar kelahiran: Mencapai sekurang-kurangnya 60%.
Pendaftaran penternak: Berdaftar dengan sistem eVetPermit dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Pengalaman: Mempunyai pengalaman dalam penternakan ruminan sekurang-kurangnya tiga tahun.
Kawasan ternakan: Mempunyai kawasan penternakan yang sah, sesuai dan mencukupi serta sumber makanan ternakan.
Pengurusan ladang: Berupaya mengurus dan melaksanakan projek penternakan.
Pemantauan: Bersetuju menerima pemantauan daripada DVS.
Cara Mohon
1
Dapatkan borang permohonan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
2
Lengkapkan borang berserta dokumen sokongan yang diperlukan.
3
Hantar permohonan melalui pejabat DVS negeri atau daerah yang berkaitan.
4
Tunggu penilaian dan pengesahan kelayakan daripada pihak DVS.
Dikemaskini pada 11 Oktober 2026.
Kesihatan ternakan: Mempunyai program kesihatan ternakan bersama DVS atau pihak berkaitan.