Projek Insentif Galakan Peningkatan Produktiviti Ruminan Kecil Ke Arah Purata Kadar Kelahiran Nasional 100% (PIKK100%) — Portal Manfaat
Permohonan DibukaKementerian Pertanian dan Keterjaminan MakananKewangan dan Sara Hidup
Projek Insentif Galakan Peningkatan Produktiviti Ruminan Kecil Ke Arah Purata Kadar Kelahiran Nasional 100% (PIKK100%)
Insentif kepada penternak ruminan kecil bagi penternak yang mempunyai kadar kelahiran ternakan sedia ada sekurang-kurangnya 100%
StatusPermohonan Dibuka
AgensiKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Projek Insentif Galakan Peningkatan Produktiviti Ruminan Kecil Ke Arah Purata Kadar Kelahiran Nasional 100% (PIKK100%) adalah projek yang dilaksanakan secara geran penuh kepada penternak kambing pedaging / kambing tenusu / bebiri pedaging yang mempunyai kadar kelahiran ternakan sekurang-kurangnya 100% dan dinilai berpotensi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
Golongan sasar adalah penternak ruminan kecil seluruh Semenanjung Malaysia. Insentif yang akan diterima secara pakej adalah:
Pakej Kambing Pedaging i. Induk Kambing pedaging kacukan ii. Pejantan kambing pedaging kacukan iii. Makanan ternakan / garam jilat (untuk persedian penerimaan ternakan)
Pakej Bebiri Pedaging i. Induk bebiri pedaging kacukan ii. Pejantan bebiri pedaging kacukan iii. Makanan ternakan / garam jilat (untuk persedian penerimaan ternakan)
Cara Mohon
1
Pemohon perlu memastikan syarat kelayakan dipenuhi sebelum menghantar permohonan.
2
Borang permohonan boleh diperoleh dan dihantar melalui laman rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri / Daerah yang berkaitan.
3
Dokumen sokongan:
4
i. Salinan pendaftaran premis
5
ii. Rekod pengalaman menternak
6
iii. Surat pemilikan kawasan ternakan, dan
7
iv. Rekod kadar kelahiran ternakan perlu disertakan semasa permohonan.
8
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak DVS untuk proses seterusnya.