Skim Ex Gratia Bencana Kerja menyediakan bayaran faedah bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk perlindungan kemalangan atau penyakit khidmat semasa bertugas.
Pegawai yang layak dipertimbangkan untuk bayaran faedah skim ini adalah:
Pegawai lantikan tetap dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat sebelum 1 Jun 2013.
Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat antara 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 dengan gaji melebihi RM3,000.00 sebulan.
Pegawai dalam kategori berikut tidak layak untuk bayaran faedah skim ini:
Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat antara 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 tetapi menerima gaji RM3,000.00 sebulan atau kurang.
Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat mulai 1 Jun 2016.
Pegawai yang dilindungi oleh Skim Bencana Pekerjaan PERKESO.
Semua permohonan Skim hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia melalui Ketua Jabatan sepertimana yang berikut:
Bagi pejabat yang menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) Pegawai, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui Sistem Ex Gratia Bencana Kerja; atau
Bagi pejabat yang tidak menguruskan BPK Pegawai, permohonan faedah kematian dan HUK dikemukakan secara manual menggunakan Borang BTX (Pindaan 2025) seperti dalam Lampiran C; atau
Semua permohonan faedah HUS dikemukakan secara manual menggunakan Borang BTX-HUS seperti dalam Lampiran D melalui Ketua Jabatan yang menguruskan BPK Pegawai.
Dikemaskini pada 11 Oktober 2026.