Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) — Portal Manfaat
Permohonan DibukaJabatan Pengangkutan Jalan (MOT)Pekerjaan dan Pendapatan
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
Skim perlindungan sosial bagi individu yang menjalankan pekerjaan sendiri/pekerja gig bertujuan untuk mendapatkan perlindungan berinsurans
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Pengangkutan Jalan (MOT)
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) adalah sebuah skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 bertujuan untuk memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.
Sebagai permulaan, skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuat kuasa pada 1 Jun 2017
Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti berikut: i. Pengangkutan Barangan dan Makanan ii. Pertanian iii. Penternakan iv. Perhutanan v. Perikanan vi. Makanan vii. Pembuatan viii. Pembinaan ix. Penjaja x. Premis Penginapan xi. Perniagaan Online xii. Teknologi Maklumat
Syarat Utama
Syarat Kelayakan:
Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur
Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah dan mendapat upah
Cara Mohon
1
Hadir ke pejabat PERKESO berhampiran bersama dokumen yang diperlukan:
2
i. Salinan kad pengenalan
3
ii. Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih
4
Nota: Permohonan boleh dilakukan melalui Laman Rasmi PERKESO dan aplikasi PERKESO Prihatin
5
Pembayaran boleh dilakukan secara bulanan / tahunan melalui: