DitutupJabatan Pengangkutan Jalan (MOT)Pekerjaan dan Pendapatan
Program MyLesen
Program MyLesen B2 diperluas kepada pelajar sekolah, penuntut IPT, dan belia B40 bagi memberikan latihan penunggangan selamat serta jaminan lesen sah secara percuma
StatusDitutup
AgensiJabatan Pengangkutan Jalan (MOT)
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Inisiatif bagi mempertingkat kebolehpasaran 15,000 pelajar sekolah menengah/ universiti dan belia yang sedang mencari pekerjaan, dari kumpulan B40, sebagai proses persiapan dan persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan melalui pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal).
Peserta akan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga memperoleh lesen.
Matlamat Program
Memberi peluang kepada peserta sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan
Meningkatkan tahap keselamatan jalan raya
Melahirkan penunggang motosikal yang berkemahiran, beretika dan mematuhi undang-undang
Syarat Utama
Warganegara Malaysia
Berumur antara 16 hingga 35 tahun
Pelajar Sekolah Menengah / Institusi Pengajian atau belia
Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan
Sihat fizikal dan mental
Tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu Malaysia atau memiliki Lesen Belajar Memandu (LDL) Kelas B2 yang tamat tempoh lebih dua (2) tahun; dan
Cara Mohon
1
Pendaftaran untuk menyertai Program MyLesen B2 boleh dibuat melalui pejabat JPJ Negeri.
2
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
3
OKU yang dibenarkan untuk memohon adalah bagi kategori berikut yang tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan iaitu: