Tambahan kepada 2,000 renjer hutan dengan mengutamakan khidmat komuniti orang asli, veteran tentera & polis bertujuan untuk memelihara hidupan liar & alam sekitar
Meneruskan pelaksanaan Program Denai Sungai Kebangsaan selaras dengan pendekatan Natura-Based Solutions bertujuan untuk menangani cabaran sosio alam sekitar
Memuktamadkan Akta Kredit Pengguna menjelang akhir tahun 2023 bagi melindungi semua pengguna kredit termasuk pengguna kredit bukan bank dan perusahaan mikro dan kecil.
Cadangan pindaan bagi Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi membolehkan penagih dadah menerima rawatan dan pemulihan tanpa dimasukkan ke institusi penjara
Mewujudkan pangkalan data maklumat unik genetik rakyat Malaysia ke arah pendekatan precision medicine untuk mengurangkan perbelanjaan rawatan kesihatan
Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT)
Instrumen pembayaran fiskal Kerajaan Persekutuan berdasarkan indikator ekologi bertujuan untuk menyokong usaha Kerajaan Negeri memelihara & memulihara biodiversiti
Program melibatkan pengoptimuman penggunaan tanah, pembekalan baja bio & organik serta perolehan baja bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran tanaman makanan tempatan