MINDEF / KDN - Menyelenggara, Membaiki & Memperoleh Harta Modal di Pintu Masuk Antarabangsa
Menyelenggara, membaiki & memperoleh harta modal di pintu-pintu masuk antarabangsa seluruh negara bertujuan untuk memperkasakan keselamatan sempadan & perairan negara
Menyelenggara, membaiki prasarana, menggantikan peralatan lama yang usang & perolehan peralatan di 4 universiti teknikal bertujuan untuk meningkatkan tahap keselesaan & keselamatan di IPT
GovTech: Pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN)
Mempercepat pelaksanaan IDN untuk memacu perkembangan urus niaga & memperkukuh e-KYC (electronic Know Your Customer) bagi membendung risiko jenayah scam
Pemberian pampasan begi petani, penternak & nelayan sehingga 50% daripada nilai kerugian bertujuan untuk melindungi mereka yang terkesan akibat bencana
Sumbangan Khas Imam, Bilal, Tok Siak, Noja, Marbut, Guru KAFA & Guru Takmir
Bantuan tunai one-off RM700 bagi imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA & guru takmir bertujuan untuk menghargai sumbangan mereka dalam menyebarkan syiar Islam
JAKIM - Menyelenggara & Menaik taraf Prasarana Institusi Pendidikan Islam
Menyelenggara & menaik taraf prasarana sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar & sekolah tahfiz bertujuan untuk memperkasakan pendidikan ilmu Islam