Geran bagi persatuan penduduk/rukun tetangga bertujuan untuk melaksana pelbagai program kesukarelaan, perpaduan serta aktiviti pencegahan jenayah dan bencana
Meneruskan penyediaan perkhidmatan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkaitan kad pengenalan, surat beranak dan surat kematian bagi penduduk di pedalaman
KPM - Jawatankuasa Khas Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
Penubuhan jawatankuasa khas rentas Kementerian bertujuan untuk menetapkan sasaran & langkah bagi meningkatkan penyertaan bidang STEM di kalangan pelajar sekolah menengah
KPT - Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) TVET MADANI
Program pembelajaran di kolej komuniti bagi komuniti rentan seperti OKU, Orang Asli, ibu tunggal & warga emas bertujuan untuk meningkatkan akses pendidikan
KPT - Program Upaya Komuniti MADANI Kementerian Pendidikan Tinggi (UpayaKPT)
Memperhebat pelaksanaan program dengan peruntukan RM1 juta bagi setiap universiti awam bertujuan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi dan mendaya upaya usahawan setempat
Geran antara RM50 ribu - RM100 ribu bagi menjayakan Program Komuniti MADANI, iaitu satu program untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti
KPDN - Program Penyeragaman Harga Barang di Sabah, Sarawak & Labuan
Program penyeragaman harga barangan keperluan asas di Sabah, Sarawak & Labuan bertujuan untuk memastikan penduduk menikmati harga barangan pada kadar sama
Penambahbaikan RMT bagi pelajar sekolah menerusi bekalan susu harian, meluaskan skop penerima & menaikkan kadar bekalan susu harian bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan pelajar
Pelaksanaan projek pembangunan sosioekonomi, prasarana di perkampungan Orang Asli dan pemberian bantuan sosial bertujuan meningkatkan taraf sosioekonomi Orang Asli
KKM - Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental (NCEMH)
Pusat peneraju koordinasi kebangsaan bagi kesihatan mental bertujuan untuk memperkukuh khidmat sokongan & psikososial dalam usaha melindungi penyakit mental
Membina & menaik taraf jalan kampung dan desa di Kelantan, Perlis dan Negeri Sembilan bertujuan untuk mengukuhkan ketersambungan rangkaian pengangkutan
Melebar Lebuh Raya Utara Selatan dari Sedenak ke Simpang Renggam, Johor daripada empat kepada enam lorong bertujuan untuk menampung peningkatan kenderaan
MOT- Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST)
Perluasan pelaksanaan program SBST ke 12 lokasi tambahan di Kuala Terengganu (Fasa 2), Kota Bharu, Kuantan & Kota Setar bertujuan memberi Rakyat akses kepada perkhidmatan bas
KPT - Baik Pulih & Pengantian Kemudahan & Prasarana IPTA
Penyelenggaraan dan pembaikan prasarana & penggantian peralatan usang serta perolehan peralatan bagi IPTA bertujuan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran yang baik
Membaik Pulih & Menyelenggara Rumah-Rumah Ibadat Bukan Islam
Bantuan kewangan bagi pengurusan rumah-rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar bertujuan untuk membiaya kerja membaik pulih & menyelenggara rumah ibadat
KPM - Naik Taraf Bangunan & Prasarana Daif Sekolah
Kerja-kerja naik taraf bangunan & prasarana daif di 450 buah sekolah, merangkumi 185 projek di Sarawak & 155 projek di Sabah bertujuan untuk meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan negara
Penyelenggaraan Sekolah Kebangsaan, Agama, Tamil, Cina termasuk Pendidikan Khas dengan tumpuan kepada keperluan pelajar autisme bertujuan untuk meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan negara
Menyelenggara & menaik tarif makmal komputer sekolah, memperoleh peralatan baharu & kerjasama wakil industri sebagai tenaga pengajar bertujuan untuk menggalakkan minat murid mempelajari STEM
Program jelajah bagi mendapatkan cadangan & mengambil kira kekhuatiran ibu bapa, warga pendidik & industri dalam usaha merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Negara
Menggantikan & meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam & pendigitalan hospital pengajar universiti bertujuan untuk memastikan capaian internet yang lebih baik
Penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan pertama negara di Universiti Teknologi Malaysia bertujuan untuk memperhebat penerokaan bidang AI rentas disiplin ilmu
Projek pembangunan baharu di Kompleks Hospital Pengajar USIM, Hospital Sultanah Aminah 2, Hospital Raja Perempuan Zainab II & Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM
Menyenggara sistem teknologi maklumat & menyediakan Clinic Management System Subscription (CCMS) di 100 klinik kesihatan bertujuan untuk capaian data pesakit lagi pantas
Membaik pulih 400 klinik uzur yang masih mempunyai struktur kayu & pendawaian usang bertujuan untuk memastikan fasiliti kesihatan yang selesa & selamat untuk digunakan
Dana ini disediakan bagi membantu menampung kos operasi harian pengendali bas henti-henti yang perlu meneruskan perkhidmatan di laluan kurang penumpang di kawasan desa
Meneruskan cadangan pembinaan 5 stesen LRT3 yang melibatkan stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja & Bandar Botanik yang bakal memanfaatkan 2 juta penduduk di sekitar Lembah Klang
Menyelenggara Perumahan Berstrata Kos Rendah & Sederhana Awam & Swasta
Menyelenggara perumahan berstrata kos rendah & sederhana awam & swasta seluruh negara termasuklah kerja-kerja membaiki tangki air, bumbung, & sistem pendawaian serta memasang kamera litar tertutup
Aktiviti Kebudayaan Bersama Kerajaan Negeri - Baik Pulih Pusat Tenunan Songket
Kerjasama dengan Kerajaan Negeri Terengganu bagi membaik pulih Pusat Tenunan Songket di Kompleks Tuanku Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Desa Ukiran Kayu, Besut, Terengganu
Bantuan kepada sekolah terpinggir di pedalaman untuk melaksanakan pembaikan segera, gotong-royong serta melengkapkan keperluan asas fasiliti untuk keselesaan murid dan guru
KKM - Projek Perkhidmatan Langganan Cloud-Based Clinic Management System (CCMS)
Menyelenggara sistem teknologi maklumat di bawah KKM termasuk menyediakan Projek Perkhidmatan Langganan Cloud-based Clinic Management System (CCMS) di 100 klinik kesihatan
KPT - Menyelenggara Prasarana Di Institut Pengajian Tinggi (IPT) & Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)
Menyelenggara & membaiki prasarana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta menggantikan peralatan lama yang usang termasuk perolehan peralatan bagi pengajaran & pembelajaran di Malaysia Technical University Network (MTUN)
Perolehan peralatan perubatan di hospital KKM bagi menggantikan peralatan yang mencecah Beyond Economic Repair (BER) bertujuan untuk memenuhi keperluan pelbagai disiplin perkhidmatan baharu
Program Outreach Hospital Pengajar Universiti (HPU) - Perkhidmatan Klinik Kesihatan Bergerak
Memperluas perkhidmatan klinik bergerak bagi memberikan perkhidmatan rawatan asas, pendidikan kesihatan & saringan awal kanser untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat
Program Outreach Hospital Pengajar Universiti (HPU): Perkhidmatan Klinik Pergigian Bergerak
Menambah perkhidmatan klinik pergigian bergerak di seluruh negara termasuk kawasan baharu di Penampang dan Keningau, Sabah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat
Perluasan Inisiatif Bank Bergerak & Mahkamah Bergerak
Memperluas inisiatif Bank & Mahkamah Bergerak (khusus kepada kes sivil) ke kawasan pedalaman bertujuan meningkatkan sistem perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) - Membanteras Jenayah Penipuan Atas Talian
Membanteras jenayah penipuan atas talian (scam) dengan meningkatkan peruntukan dan fungsi NSRC supaya ancaman penipuan kewangan dapat dibanteras dengan lebih berkesan