Sumbangan Khas Imam, Bilal, Tok Siak, Noja, Marbut, Guru KAFA & Guru Takmir
Bantuan tunai one-off RM700 bagi imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA & guru takmir bertujuan untuk menghargai sumbangan mereka dalam menyebarkan syiar Islam
JAKIM - Menyelenggara & Menaik taraf Prasarana Institusi Pendidikan Islam
Menyelenggara & menaik taraf prasarana sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar & sekolah tahfiz bertujuan untuk memperkasakan pendidikan ilmu Islam
Membangunkan ekosistem sukan menyeluruh, termasuk penyelenggaran & menaik taraf fasiliti bagi atlet bertujuan untuk meningkatkan kualiti latihan & fasiliti sukan
Penganjuran Aktiviti Sukan & Riadah Untuk Warga Emas
Menganjurkan aktiviti sukan & riadah bagi warga emas bertujuan untuk menyemarakan semangat kesukanan sekaligus membentuk warga emas yang aktif & cergas
Geran padanan sukan bagi menggalakkan penganjuran acara sukan peringkat kebangsaan atau antarabangsa berprestasi tinggi oleh badan sukan atau sektor swasta
Memartabat Seni, Budaya, Bahasa & Sastera Kebangsaan
Peruntukan kepada agensi berpotensi untuk mengetengahkan karya seni dan sastera negara, mempergiat persembahan teater warisan serta memupuk minat membaca karya agung di kalangan belia