Peluasan kriteria pendapatan ibu bapa mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 bertujuan untuk memberi peluang biasiswa kepada anak daripada keluarga kurang mampu
KWAPM - Bantuan Murid Sekolah Kerajaan & Bantuan Kerajaan
Perluasan pemberian bantuan KWAPM bagi murid sehingga Tingkatan 3 Sekolah Kerajaan & Sekolah Bantuan Kerajaan bertujuan untuk memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir daripada pendidikan
Yuran pendaftaran masuk IPTA dihadkan tidak melebihi RM1,500, selari dengan pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak
Tiada sekatan mendaftar subjek setiap semester bagi pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian bertujuan untuk menjaga kebajikan pelajar yang menuntut ilmu
Pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN kepada bakal pelajar baharu yang layak untuk tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam bermula Januari 2024