Bantuan tunai bagi pelajar sekolah menengah dari keluarga B40 untuk mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik & kokurikulum sepanjang persekolahan
Bantuan tunai bagi keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup & tinggal bersama keluarga
Bantuan tunai bagi OKU yang berdaftar di bawah JKM bertujuan menggalakkan OKU untuk terus bekerja serta mampu hidup berdikari & menjadi masyarakat yang produktif
Bantuan tunai bagi penerima bantuan / anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan & menganggur untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja
Kesejahteraan Penjawat Awam - Penambahbaikan Skim Ex Gratia Bencana Kerja
Penambahbaikan skim meliputi kes kemalangan semasa bertugas dalam operasi, kes kematian bencana kerja, kadar elaun layanan sentiasa, bayaran hilang upaya sementara & peluasan skop liputan
Skim perlindungan sosial bagi suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial daripada bencana domestik & keilatan
Menyediakan bantuan kepada pesawah yang mengalami kerosakan atau kerugian kekal pada tanaman padi mereka akibat bencana alam, perosak tanaman dan penyakit
Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.
Caruman sukarela ini disediakan khusus untuk wanita yang berdaftar dengan sistem eKasih, termasuk suri rumah, ibu tunggal dan wanita bujang. Inisiatif ini bertujuan memastikan kesejahteraan mereka serta mengiktiraf sumbangan golongan wanita kepada keluarg
Caruman sukarela dengan insentif khas Kerajaan bagi individu yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap dan pekerja sektor ekonomi gig untuk tujuan persaraan
Bantuan tunai ini disalurkan kepada pemohon, pasangan, atau waris yang layak, dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan ahli keluarga akibat kehilangan Ketua Keluarga, waris, atau individu yang seumpamanya.