Program Bantuan Subsidi Dialisis MITRA Tahun 2025
Terakhir dikemas kini pada
08/09/2025
- Menyediakan kemudahan rawatan kepada pesakit berbangsa India yang menghidap penyakit buah pinggang pada peringkat End Stage Renal Disease (ESRD);
- Mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan dalam mendapatkan rawatan dialisis;
- Membantu pesakit secara fizikal dan rohani supaya dapat mencapai kualiti hidup yang lebih baik dengan dialisis yang bermutu.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Permohonan bantuan ini dibuka untuk semua warganegara Malaysia yang berketurunan India;
- Disahkan menerima rawatan dialisis di Pusat Dialisis yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;
- Daripada golongan B40 dan M40 dengan keutamaan kepada golongan B40 (dokumen sokongan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR)/ Dokumen Mysalam/ Peka B40/ Dokumen ekasih/ Dokumen pendapatan individu dan pasangan);
- Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak untuk rawatan dialisis;
- Permohonan yang diterima akan diproses berdasarkan First Come, First Served
- Mempunyai akaun bank yang aktif atas nama pesakit bagi tujuan penyaluran bantuan kewangan;
- Sekiranya pesakit tidak mempunyai akaun bank yang aktif atas nama pesakit, maka pesakit perlu membuka akaun bank baharu dan pembiayaan secara tunai adalah tidak dibenarkan;
- Sekiranya pesakit disenarai hitam dan tidak dapat membuka akaun bank baharu, bantuan boleh disalurkan ke akaun bank waris dengan perakuan daripada pesakit;
- Pesakit perlu melengkapkan Borang A: Borang Pengesahan Program Bantuan Subsidi Dialisis MITRA 2025 dan mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan serta pusat dialisis;
- Pesakit rawatan hemodialisis sahaja dipertimbangkan (tidak termasuk dialisis peritoneal dan transplan)
KAEDAH PERMOHONAN BANTUAN DIALISIS
- Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Google Form secara dalam talian di pautan https://shorturl.at/uvFA7.
- Permohonan akan dibuka mulai Khamis, 26 Jun 2025 jam 5.00 petang hingga Rabu, 30 Julai 2025.
- Pemohon perlu melengkapkan empat (4) perkara berikut:
- Mengisi maklumat asas dalam Google Form yang disediakan.
- Memuat naik dokumen-dokumen sokongan berikut:
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang (MyKad);
- Dokumen sokongan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR)/ Dokumen Mysalam/ Peka B40/ Dokumen ekasih/ Dokumen pendapatan individu dan pasangan);
- Salinan penyata bank yang aktif dan mengandungi nama bank dan nombor akaun yang jelas atas nama pesakit;
- Borang A: Borang Pengesahan Program Bantuan Subsidi Dialisis MITRA 2025 yang telah lengkap (rujuk Perkara 4.3.3. dan 4.3.4. di bawah).
- Muat turun dan lengkapkan Borang A: Borang Pengesahan Bantuan Subsidi Dialisis MITRA 2025, pemohon perlu:
- Mengisi Borang A dengan lengkap.
- Mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan.
- Mendapatkan pengesahan daripada pusat dialisis yang merawat pesakit.
- Setelah Borang A lengkap dan disahkan, pemohon perlu:
- Mengimbas (scan) borang tersebut secara jelas.
- Memuat naik semula borang tersebut ke google form dan kemukakan secara dalam talian.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda