Geran Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (Geran PPSMI 2025)
Terakhir dikemas kini pada
29/08/2025
Geran Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (Geran PPSMI 2025) merupakan bantuan berbentuk geran yang disediakan oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia, Pejabat Perdana Menteri (MITRA, PMO).
- Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia (PPSMI) merupakan inisiatif pembangunan sosioekonomi yang dilaksanakan melalui permohonan geran iaitu:
- (i) Program-program yang akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MITRA dengan Organisasi melalui permohonan geran; dan
- (ii) Permohonan geran kewangan akan dibuka kepada Organisasi untuk pelaksanaan program yang dapat membangunkan sosioekonomi masyarakat India.
- Permohonan geran PPSMI dibuka bermula 2 Disember 2024 (Isnin) sehingga 5 Januari 2025 (Ahad)
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Syarat Wajib:
- i) Satu Organisasi hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja;
- ii) Permohonan yang dikemukakan mestilah lengkap dan sahih;
- iii) Permohonan geran perlu mengikut kategori permohonan MITRA;
- iv) Organisasi perlu mengemukakan sijil-sijil pendaftaran serta maklumat berkaitan Ahli Jawatankuasa Organisasi yang sah;
- v) Pemohon/Individu hanya boleh mengemukakan permohonan mewakili satu Organisasi sahaja; dan
- vi) Pemohon/ Individu/ Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan tidak diisytiharkan sebagai bankrap.
Bidang Permohonan Geran | Sub Bidang |
---|
Bidang Pendidikan dan Pengajian Tinggi Program berkaitan pendidikan dan pengajian tinggi yang melibatkan murid-murid Sekolah Rendah, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengan dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk memastikan pencapaian yang seimbang dalam pengetahuan, kemahiran serta insaniah masyarakat. Sub Bidang Pendidikan dan Pengajian Tinggi adalah seperti berikut: | - (i) Kelas Bimbingan;
- (ii) Program Penguasaan Bahasa
- (iii) Latihan Kreativiti;
- (iv) Pengucapan Awam (Murid);
- (v) Program Kepimpinan, Pembangunan Kendiri & Transformasi Murid;
- (vi) Program Kepimpinan, Pembangunan Kendiri & Transformasi Pelajar
IPT; - (vii) Program Pendidikan STEM (Robotik, Koding, IoT & AI);
- (viii) Program Kesedaran TVET;
- (ix) Seminar Teknik Menjawab SPM/STPM; dan
- (x) Program Pemerkasaan Guru-Guru
|
Bidang Ekonomi dan Latihan Kerjaya: Program berkaitan pembangunan kerjaya dan keusahawanan untuk meningkatkan daya cipta, peluang pekerjaan serta peningkatan pendapatan. Sub Bidang Ekonomi dan Latihan Kerjaya adalah seperti berikut: | - (i) Program Emerging Technology (AI, Robotic, IOT);
- (ii) Program Latihan TVET;
- (iii) Program Digital dan Multimedia;
- (iv) Program Fotografi/ Videografi dan Pengeditan;
- (v) Program Drone dan Aplikasi;
- (vi) Program Perkhidmatan Makanan;
- (vii) Program Kewangan;
- (viii) Program Logistik dan Pengangkutan;
- (ix) Program Persijilan Profesional;
- (x) Program Perkhidmatan Kecantikan/ Estetik;
- (xi) Program Pertanian dan Industri Tani;(xii) Program Kraf Tangan;
- (xiii) Program Pembangunan Keusahawanan (Start Up Business, Jualan/ Pemasaran Online);
- (xiv) Program Pengembangan Perniagaan (Cth: Cottage Business); dan
- (xv) Program Pengurusan Acara (Event Management Program).
|
Bidang Kebajikan dan Sosial: Program berkaitan pembangunan kesejahteraan sosial dan kebajikan yang merangkumi aspek kesihatan, sosial dan kesukanan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Sub Bidang Kebajikan dan Sosial adalah seperti berikut: | - (i) Program Autisme/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD);
- (ii) Program Postnatal;
- (iii) Program Kesedaran Kesihatan;
- (iv) Rawatan Pemulihan Strok;
- (v) Program Kesihatan Mental
- (vi) Program Pembangunan Kendiri Belia;
- (vii) Pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU);
- (viii) Sukan wajib di bawah Sukan Malaysia (SUKMA); dan
- (ix) Sukan pilihan di bawah Sukan Malaysia (SUKMA).
|
Bidang Identiti dan Keterangkuman: Program merangkumi aspek kebudayaan, kesenian tradisional, kerohanian dan kesukanan tradisional untuk mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif. Sub Bidang Kategori Identiti dan Keterangkuman adalah seperti berikut: | - (i) Tarian Tradisional India;
- (ii) Pembelajaran Alat Muzik India;
- (iii) Sukan Tradisional India
- (iv) Kelas Kerohanian; dan
- (v) Program Kebudayaan.
|
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Geran PPSMI 2025 sila rujuk Garis panduan dan Manual Permohonan
- Cara memohon :
- Permohonan oleh Organisasi perlu dikemukakan secara dalam talian. MITRA tidak mengeluarkan sebarang borang dalam bentuk manual dan borang permohonan yang dikemukakan secara manual tidak akan diterima.
- Permohonan perlu dilakukan melalui Laman sesawang Sistem Permohonan Geran Kewangan MITRA
- Pemohon perlu melengkapkan permohonan di setiap bahagian seperti
berikut:
- (i) Bahagian A1: Maklumat Organisasi;
- (ii) Bahagian A2: Maklumat Ahli Jawatankuasa Organisasi;
- (iii) Bahagian B: Maklumat Cadangan Program;
- (iv) Bahagian C: Maklumat Tenaga Mahir;
- (v) Bahagian D: Maklumat Lokasi dan Garis Masa Program; dan
- (vi) Bahagian E: Perincian Kewangan Program.
- Dokumen yang perlu dimuat naik untuk permohonan:
- Sijil Pendaftaran Organisasi termasuk maklumat ahli Organisasi dan carta Organisasi (WAJIB);
- i) . Penyata kewangan terkini diaudit oleh juruaudit bertauliah atau penyata tahunan terkini dari sistem eROSES. (WAJIB);
- ii). Salinan Sijil Pengiktirafan/Pentauliahan (WAJIB bagi yang berkaitan, sekiranya tidak berkaitan, pemohon tidak perlu muat naik). Contoh: Program-program yang melibatkan latihan/kemahiran/pendidikan, pemohon wajib muat naik salinan sijil;
- iii). Senarai Kandungan Modul Program (WAJIB bagi yang berkaitan, sekiranya tidak berkaitan, pemohon tidak perlu muat naik). Contoh: Program-program yang melibatkan latihan/kemahiran/pendidikan, pemohon wajib muat naik kandungan modul;
- iv). Salinan Sijil Akreditasi Program (WAJIB bagi yang berkaitan, sekiranya tidak berkaitan, pemohon tidak perlu muat naik). Contoh: Program - program yang melibatkan latihan/kemahiran/pendidikan, pemohon wajib muat naik salinan sijil;
- v). Salinan Dokumen (Laporan) jalinan kerjasama yang pernah diadakan. Sekiranya berkaitan sahaja.
- vi). Salinan CV/Resume Tenaga Mahir (WAJIB).
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda