Skim Pembiayaan Tekun Niaga
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 11/11/2024

  • Skim Pembiayaan Tekun Niaga adalah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi usahawan bertujuan untuk membiayai keperluan perniagaan. 
  • Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan. Jual beli yang pertama berlaku apabila TEKUN menjual komoditi kepada pelanggan dengan harga yang telah dipersetujui pada peringkat awal iaitu jumlah pembiayaan ditambah keuntungan yang dibayar secara bertangguh. Jual beli kedua berlaku apabila pelanggan (dilakukan oleh TEKUN sebagai wakil) menjual komoditi yang telah dibeli kepada pihak ketiga secara tunai. 
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:

     

Perkara Penerangan 

Jumlah Pinjaman:  

Skim Pembiayaan TEKUN Niaga 

 

RM1,000 – RM100,000 

Tempoh Bayaran Balik: 

Skim Pembiayaan TEKUN Niaga 

 

6 bulan – 120 bulan 

Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun 
Simpanan wajib 5% setahun 

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

TEKUN Nasional
Telipon

TELEFON

03-9059-8888

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda