Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 12/11/2024

  • Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera adalah sebuah program pembiayaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertujuan untuk menggalakkan golongan profesional menceburi bidang perniagaan dengan menyediakan pembiayaan modal perniagaan kepada golongan profesional yang ingin memulakan perniagaan dan mempunyai perniagaan sedia ada
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:

     

PerkaraPenerangan
Jumlah PinjamanRM1,000.00 - RM100,000 sahaja
Tempoh Bayaran Balik6 bulan – 120 bulan (10 tahun)
Sumbangan Tabung Pengurusan4% setahun
Simpanan wajib5% setahun

Nota: 

Jumlah keseluruhan maksimum pembiayaan yang boleh dipohon untuk satu syarikat adalah RM300,000.00 (maksimum RM100,000 setiap seorang rakan kongsi)

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

TEKUN Nasional
Telipon

TELEFON

03-9059 8888

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Permohonan Telah Ditutup
SME Corp Malaysia – Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)
Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan sebuah inisiatif Kerajaan berbentuk latihan di bawah belanjawan 2023 yang disediakan oleh SME Corp Malaysia bertujuan sebagai galakan kepada generasi belia menceburi bidang perniagaan Program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 - 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan Bantuan geran sehingga maksimum RM15,000.00 Permohonan dalam talian akan dibuka mulai 7 sehingga 31 Mei 2023 sahaja Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi TUBE  Objektif  Memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia Anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan Membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri  Fasa & Komponen  Program ini direka khas bagi mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, selain didedahkan dengan lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar Ia dilaksanakan menerusi 3 fasa Rajah dibawah merujuk kepada Fasa Pelaksanaan    
Permohonan Dibuka
MARA - Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA/Belia (PUTRA)
Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA/Belia (PUTRA) adalah sebuah pinjaman mikro di bawah Belanjawan 2023 yang disedian oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi usahawan Lepasan Institut Pendidikan MARA (IPMa) bertujuan untuk membiaya modal kerja dan pembelian asetProgram Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA/Belia atau ringkasnya PUTRA ialah skim/kemudahan pembiayaan perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan dan perkhidmatan khusus untuk melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda untuk memulakan perniagaan. (Tidak merangkumi sektor pertanian dan penternakan) Perkara Penerangan Skop Pembiayaan Modal Pusingan Pembelian Mesin dan Peralatan Had Pembiayaan RM 10,000 Tempoh Pembiayaan 1-3 tahun (12-36 bulan) Jaminan atau Cagaran Tiada (Hanya perlu kemukakan seorang penyokong atau reference dikalangan ahli keluarga) Kadar Keuntungan 0% Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA/Belia (PUTRA)
Permohonan Dibuka
BSN - Micro/i Kasih-Belia
Skim pembiayaan BSN Micro/-i Kasih-Belia adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi usahawan mikro belia bertujuan untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut: Perkara Keterangan Tujuan Pinjaman Modal Kerja, Pembelian Aset dan Pengubahsuaian Amaun Pinjaman Minima: RM5,000  Maksimum: RM50,000 Tempoh Pinjaman 1 hingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium (rehat bayaran) bagi pembayaran ansuran bulanan Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi BSN Micro Kasih-Belia atau BSN Micro-i Kasih-Belia