Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Terakhir dikemas kini pada
21/10/2024
- Bantuan Kanak Kanak (BKK) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga bertujuan untuk terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
- Kadar bayaran bagi BKK ialah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:
Kadar Bayaran Bantuan Kanak-Kanak (RM) | Umur |
---|
RM200 | 6 tahun dan kebawah |
RM150 | 7 tahun hingga 18 tahun |
RM1000 | Maksimum untuk keluarga |
Syarat Kelayakan :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; atau
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Nota: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 - Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
- Tatacara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan daripada majikan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
- Salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda