MARA - Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)/SPiKE GLC
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/12/2023

  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)/ SPiKE GLC adalah sebuah pembiayaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi kontraktor Bumiputera bertujuan untuk Memberi kemudahan pembiayaan kewangan jangka pendek kepada kontraktor Bumiputera yang meliputi aktiviti pembinaan, pembekalan, perkhidmatan dan elektrik.

 

  • Berikut adalah keterangan skim SPiKE yang ditawarkan: 

     

Perkara Penerangan 
Skop Pembiayaan 
  • Modal Kerja 
Had Pembiayaan 
  • RM1,000,000
  • Tertakluk kepada: 
  • Kerja yang tidak mempunyai bayaran kemajuan 
  • Maksimum 75% dari nilai kontrak atau mengikut dasar semasa MARA 
  • Kerja yang mempunyai bayaran kemajuan 
  • Maksimum 80% dari nilai kontrak bagi 3 bulan pertama (yang mempunyai bayaran kemajuan)
  • Maksimum 60% dari nilai kontrak bagi 3 bulan pertama (yang tidak mempunyai bayaran kemajuan)
  • Maksimum 75% dari nilai kontrak bagi 3 bulan pertama (kerja kontrak yang tidak melebihi RM100,000.00)
Tempoh Pembiayaan 
  • Mengikut tempoh tamat kontrak
Jaminan atau Cagaran 
  • Dikecualikan bagi pembiayaan RM250,000.00 ke bawah 
  • Untuk pembiayaan RM250,001.00 hingga RM1,000,000.00: 
  • Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; 

     

    atau

     

  • Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon;

     

    atau

     

  • Gabungan kedua-duanya sekali
  • Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan atau 
  • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn. Bhd. memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat 
Kadar Keuntungan 
  • 6% (Kadar Berkurangan) 

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda