MIDF – Pembiayaan Perniagaan Mobiliti Lestari (SMBF)
Permohonan Akan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/12/2023

  • Pembiayaan Perniagaan Mobiliti Lestari (SMBF) adalah sebuah kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) bagi tujuan menggalakkan syarikat-syarikat PKS dan bukan PKS dalam ekosistem automotif mengembangkan perniagaan dalam bidang pembuatan, pemasangan, penjualan dan perkhidmatan berkaitan mobiliti lestari.

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-ciriPenerangan 
Jumlah Pembiayaan
  • RM50,000 ~ RM5 juta
Tempoh Pembiayaan
  •  Sehingga 25 tahun
Margin Pembiayaan
  • Sehingga 100%
Kadar Pembiayaan
  • 2.0% setahun atas baki bulanan bagi syarikat PKS
  • 5.0% setahun atas baki bulanan bagi syarikat bukan PKS
Skop Pembiayaan
  • Pembiayaan Aset 
  • Pembiayaan Modal Kerja
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Malaysian Industrial Development Finance (MIDF)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda