MARA - MARA Integrated Smart Auto (MISA)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/12/2023

  • MARA Integrated Smart Auto atau ringkasnya MISA ialah kemudahan pembiayaan yang ditawarkan untuk Meningkatkan keupayaan aktiviti perniagaan usahawan automotif Bumiputera untuk menaiktaraf standard bengkel sedia ada kepada standard bengkel yang lebih kondusif dan kompetitif.

  • Meningkatkan keupayaan aktiviti perniagaan usahawan automotif Bumiputera melalui transformasi konsep perniagaan konvensional kepada konsep yang lebih bersistematik dengan penerapan nilai teknologi serta perkhidmatan yang lebih berkualiti.

  • Menyumbang ke arah penambahan bilangan usahawan Bumiputera dalam bidang automotive yang menyediakan perkhidmatan 3S (Sales, Service & Spare-part).

  • Membangun, memajukan dan meningkatkan usahawan Bumiputera untuk menaik taraf standard bengkel sedia ada kepada standard bengkel yang lebih kondusif dan kompetitif untuk lebih berdaya saing dalam industry automotif.

 

Perkara

Penerangan

Skop Pembiayaan
  • Modal pusingan 
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai dan Peningkatan imej Premis/Bengkel
Had Pembiayaan
  • RM500,001 hingga RM1,000,000
Tempoh Pembiayaan
  • 1-10 tahun @ 12-120 bulan
Jaminan atau Cagaran
  • Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dimohon;
  • Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dimohon;
    • Simpanan Tetap: Simpanan tetap berkonsepkan Islam (General Investment Account) berdasarkan kepada 10% daripada nilai pembiayaan;
  • Jaminan Ahli Lembaga Lembaga Pengarah: Memerlukan jaminan semua ahli Lembaga Pengarah Syarikat

Semua Ahli Lembaga Pengarah diwajibkan menandatangani Surat Jaminan dan Tanggung Rugi

Kadar Keuntungan 
  • 2% (Kadar Tetap)

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda