PUNB - Pembiayaan JUMPER
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 23/01/2024

  • Pembiayaan JUMPER ialah pakej pembiayaan perniagaan untuk alumni Program JUMPER PUNB di bawah Belanjawan 2024 bagi membiayai perniagaan yang merangkumi khidmat runding, pemantauan prestasi perniagaan dan pembangunan perniagaan.

Perkara 

Penerangan 

Jumlah Pembiayaan
  • Pembiayaan berjangka dari RM20 ribu sehingga RM100 ribu
  • Entiti milikan tunggal/perkongsian/perkongsian liabiliti terhad/syarikat diperbadankan
Kadar Keuntungan
  • 3.5% setahun pada kadar rata
Terma Pembiayaan
  • Tempoh pembiayaan: Sehingga 7 tahun
  • Tempoh penangguhan: Sehingga 3 bulan (pada bayaran bulanan prinsipal)
  •  Tempoh Ketersediaan: 6 bulan dari tarikh penerimaan Surat Tawaran atau Perjanjian Kemudahan, mengikut yang berkenaan
Skop Pembiayaan
  • Modal kerja
  • Mesin dan peralatan 
  • Ubah suai premis perniagaan
Sektor Pembiayaan
  • Pembiayaan dan perkhidmatan PUNB terbuka kepada semua usahawan dan perniagaan Bumiputera yang terlibat dalam sektor peruncitan, perdagangan dan pengedaran, pembuatan dan perkhidmatan di pelbagai sektor kecuali sektor pertanian, perikanan dan perladangan
Sektor yang Dibiaya
  • Peruncitan & Pengedaran Perdagangan
  • Pembuatan & Kejuruteraan
  • Sistem & Automasi
  • Kesihatan
  • Hospitaliti
  • Penggerak Perniagaan (Pembangunan Perisian, Logistik, Penggudangan & Perkhidmatan Penghantaran)
  • Kreatif (Kraftangan, cenderahati, seni lukis, seni halus (kaligrafi), animasi (infografik), hiasan dalaman dan fesyen)
Sektor yang Tidak Dibiaya
  • Pertanian & Perlombongan
  • Perumahan & Hartanah
  • Kewangan (Pembiayaan dan Pajakan sama ada produk kewangan/bukan kewangan bitcoin, dagangan wang asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang)
  • Perniagaan yang bercanggah dengan prinsip syariah
Keistimewaan Pembiayaan
  • Rebat duti setem ke atas surat cara/dokumen pembiayaan
  • Cagaran yang minimum
  • Rebat pembiayaan (tertakluk kepada terma & syarat)
  • Proses penilaian yang telus
  • Pembiayaan patuh syariah
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Telipon

TELEFON

1-300-13-7862

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda